Dakwaan Rogol: Mekanik Ditahan Polis

Spread the love

PADAWAN, JUN 24: Seorang mekanik telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol gadis remaja yang pada mulanya dilaporkan hilang selama sembilan hari.

Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa selain hanya menganggap mangsa sebagai kawan biasa dan bukan teman wanitanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan, kes itu kini disiasat sebagai kes rogol susulan laporan polis dibuat ibu mangsa di Balai Polis Batu Kawa berhubung perkembangan itu

“Suspek telah ditahan di sebuah kontena yang dijadikan tempat tinggal di Jalan Sudat, Kuching untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Polis telah mendapatkan perintah reman dari mahmahkah terhadap suspek bermula hari ini,” kata Aidil.

Satu unit telefon bimbit beserta satu kad SIM turut dirampas bagi tujuan siasatan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan.

Gadis remaja itu pada mulanya telah dilaporkan hilang sejak 15 Jun lalu akhirnya ditemukan selamat di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Tengah pada Rabu.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.