VAKSIN: 100% Pendaftaran Di KL, Putrajaya

Spread the love

WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjaya mencapai sasaran 100 peratus pendaftaran vaksin COVID-19.

Memetik statistik yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 11.59 malam, 20 Jun 2021, 1,385,741 individu di Kuala Lumpur telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Sementara Putrajaya merekodkan 76,536 pendaftaran.

Dalam pada itu, Sarawak pula merekodkan pendaftaran seramai 1,509,557 individu (73.90%).

Pada masa sama, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut merekodkan jumlah pemberian vaksin yang tinggi.

Sehingga 20 Jun, sejumlah 53.74 peratus atau 724,684 individu di Kuala Lumpur telah divaksin.

Manakala, di Putrajaya pula, 33,272 individu atau 49.15 peratus telah divaksin.

Sementara Sarawak merekodkan sejumlah 610,485 ataupun 29.89% individu yang telah menerima vaksin.

Secara keseluruhan, sejumlah 4,202,601 individu atau 12.9 peratus rakyat Malaysia telahpun menerima vaksin.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.