Tentera Terbangkan Vaksin Ke Kawasan Pedalaman Ba’Kelalan Di Sarawak

Spread the love

KUCHING: Pasukan “Combat Medic Vaccination Team” (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerbangkan vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di Ba’kelalan, Limbang, kira-kira 1,081 kilometer dari sini dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Markas 1 Divisyen Infantri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan yang terdiri daripada dua pegawai perubatan dan tujuh anggota paramedik itu diaturgerakkan ke Ba’kelalan dari Lapangan Terbang Miri menaiki pesawat EC 725 TUDM pada pukul 9 pagi ini dan tiba kira-kira 40 minit kemudian.

“Pasukan perubatan CMVT ATM ini dijangka memulakan proses vaksinasi bermula 22 hingga 27 Jun ini melibatkan penduduk di Ba’kelalan dan Long Semado dengan sasaran lebih 1,000 penerima suntikan,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini terdapat lima lokasi pemberian vaksin di kawasan pedalaman di tiga Bahagian di Sarawak dikenal pasti iaitu Limbang, Kapit dan Sibu dengan proses penghantaran vaksin akan menggunakan laluan udara, air dan darat.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.