Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Secara Maya Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Spread the love

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat secara maya daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon.

Dalam pertemuan selama setengah jam tersebut, program vaksinasi merupakan antara yang dibincang selain kerjasama antara Sarawak dan Singapura, perihal ekonomi, pelan pasca COVID-19 dan isu-isu semasa. 

Sarawak telah menjalinkan kerjasama perdagangan dengan Singapura melalui pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di negara tersebut pada 2019.

Ia bertujuan membuka pasaran kepada produk-produk dari Sarawak, terutamanya hasil pertanian dan pada masa sama mengembangkan potensi pelancongan negeri ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.