Konkrit, Kerangka Besi Di Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh, Dua Pekerja Cedera

Spread the love

KUALA LUMPUR: Dua pekerja binaan warga Bangladesh cedera selepas konkrit dan kerangka besi di tapak pembinaan lebuh raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang berhampiran susur keluar tol Kota Damansara dekat sini runtuh petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di bawah struktur konkrit setinggi 12 meter itu.

“Seorang pekerja binaan mengalami cedera ringan manakala seorang lagi cedera parah di bahagian pinggang akibat terkena serpihan runtuhan. Semua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Kata Norazam, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.13 malam dan sebuah jentera bersama lapan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 7.34 malam,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.