Lelaki Ditahan Bersama 1.5 KG Dadah

Spread the love

Kuching, 18 Jun – Seorang lelaki warga tempatan ditahan pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 6 petang pada Khamis di tapak parkir kereta sebuah kondominium di bandar Kuching.

Tangkapan itu dibuat bertindak atas maklumat di mana suspek dilaporkan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata dalam satu kenyataan, suspek berusia 35 tahun itu ditangkap bersama dadah jenis ekstasi seberat lebih kurang 1.5 kilogram, wang tunai berjumlah RM1,116 dan sebuah kereta.

“Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM24,500 keseluruhannya,” dedahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.