Kepentingan Ruang Pemantauan Selepas Divaksinasi

Spread the love

Kota Samarahan, 18 Jun – Individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu melalui beberapa stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan.

Hal ini demikian supaya mereka boleh diberikan rawatan awal jika terdapat kesan sampingan selepas suntikan di samping memastikan keselamatan mereka terjamin sebelum dibenarkan pulang.

DR Dessmon Weydon Anak Ajong, Pengarah Pusat Kesihatan UNIMAS berkata proses tersebut termasuk pendaftaran, suntikan vaksin dan seterusnya proses pemerhatian.

“Di kawasan pemerhatian kami akan memerhatikan anda selama 15-30 minit sekiranya terdapat kesan sampingan.” katanya ketika ditemui pemberita TVS pada Jumaat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Unimas.

“Daripada 1000 ke 3000 orang yang telah menerima vaksin, hanya seorang dua sahaja yang menunjukkan reaksi selepas disuntik. Walaubagaimanapun kesan tersebut hanyalah pening-pening sahaja. Tetapi buat masa ini tidak ada yang menunjukkan reaksin atau kesan yang teruk.” tambahnya.

Selepas penerima vaksin mendapat suntikan, pihak akan dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa di PPV ini terdapat pakar perubatan kecemasan, doktor dan paramedik yang sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan sekiranya terdapat individu yang mempunyai kesan sampingan.

Dr Dessmond yakin bahawa sasaran imuniti kelompok dapat dicapai menjelang Ogos terutamanya apabila UNIMAS dijadikan PPV mega bermula hari ini (Jumaat) apabila ia mula menerima lebih kurang 5000 penerima vaksin .

Beliau terus menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan walaupun telah menerima suntikan vaksin.

Dalam perkembangan lain, seramai 13,500 golongan O-K-U akan menerima janji temu masing-masing menerusi aplikasi MYSejahtera di Sarawak.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.