PPV UNIMAS Perintis Sistem QVAC

Spread the love


Satu sistem giliran yang dikenali sebagai QVAC telah diperkenalkan oleh UNIMAS.


Ia bertujuan untuk memudahkan proses pemberian suntikan vaksin di P-P-V UNIMAS di samping dapat mengurangkan kesesakan.


Sistem ini telah dibangunkan oleh seorang profesor dalam bidang IT di UNIMAS iaitu Professor Dr Wang Yin Chai bersama-sama dengan ahli kumpulan penyelidik yang lain di UNIMAS seperti Dr Lo May Chiun.


“Sistem ini merupakan satu sistem yang holistik dimana keseluruhan proses (pemberian vaksin)  dijalankan secara automatik bermula dengan pendaftaran, kemudian vaksinasi sehingga pemantauan.” kata Dr Lo May Chiun ketika ditemu bual semasa proses suntikan vaksin di PPV UNIMAS.


Dengan adanya sistem ini, penerima vaksin tidak perlu mengisi borang secara manual, dan data juga telah tersedia secara automatik.


Dalam pada itu, Dr Lo May Chiun berkata, inilah juga masanya untuk para penyelidik di universiti mengaplikasikan teori kajian mereka kepada sesuatu yang praktikal agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya .

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.