PETRONAS pacu inovasi Malaysia bersama Telekom Malaysia dan Sime Darby Plantation

Spread the love

KUALA LUMPUR: PETRONAS menjemput syarikat pemula Malaysia untuk mengambil bahagian dalam edisi kedua program pencepat teknologinya, PETRONAS FutureTech 2.0, dalam kerjasama yang berterusan dengan firma modal teroka global, 500 Startups.  

Tujuan program tersebut adalah untuk menggalakkan inovasi tempatan dan menaikkan syarikat pemula teknologi tempatan agar setara dengan standard antarabangsa.

FutureTech 2.0 dijangka mencerahkan lagi prospek bagi syarikat pemula yang mengambil bahagian kerana PETRONAS, menerusi cabang modal teroka korporatnya, PETRONAS Ventures, telah menjalin kolaborasi dengan dua syarikat berkaitan kerajaan yang besar (GLC), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Sime Darby Plantation Berhad (SDP).

Kolaborasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dengan matlamat untuk menggunakan sinergi daripada kepakaran silang dan memaksimumkan impak nilai daripada program ini ke atas syarikat pemula tempatan.

Kerjasama strategik akan membolehkan GLC terbabit untuk menemukan teknologi yang berpotensi mengubah permainan, mempercepatkan idea baharu yang dapat mengubah industri tempatan, dan pada waktu yang sama, membolehkan pasukan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan akses pasaran yang lebih besar bagi pertumbuhan.

Tema-tema fokus bagi FutureTech 2.0 adalah Industri 4.0, Specialty Chemicals and Advance Materials, Masa Depan Tenaga, Transformasi Digital, dan Retail Innovation

“Ekoran kejayaan program FutureTech yang pertama pada 2019, kami meramalkan prospek yang lebih besar dalam usaha membina negara bangsa, dan berkolaborasi dengan syarikat korporat besar merupakan cara yang baik untuk memupuk selanjutnya ekosistem bagi syarikat pemula di Malaysia. Ia juga mewujudkan impak sosioekonomi yang positif ke atas masyarakat menerusi pendidikan dan pelaburan kemahiran selain memupuk inovasi yang dipacu oleh teknologi yang menyokong Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Ketua PETRONAS Ventures, Arni Laily Anwarrudin.

Beliau menambah, program ini menyokong aspirasi negara untuk mendorong syarikat pemula dan pembina ekosistem modal teroka di Malaysia dengan bekerja rapat bersama program National Technology Innovation Sandbox (NTIS), satu inisiatif oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tujuan NTIS adalah untuk mempercepatkan penciptaan dan penerimaan inovasi tempatan menerusi kerangka kerja yang berstruktur di dalam persekitaran terkawal dan menuju ke arah pengkomersialan.

Ketua Pegawai Strategi TM, Tengku Muneer Tengku Muzani, berkata TM teruja untuk berganding tangan dengan PETRONAS dan SDP dalam usaha memupuk ekosistem syarikat pemula di Malaysia.

“Selari dengan usaha kami ke arah Malaysia Digital, kami berharap untuk menerokai perkara yang sama dengan syarikat pemula dan rakan korporat FutureTech 2.0 bagi mempercepatkan inovasi digital dengan menggunakan kekuatan satu sama lain,” kata Tengku Muneer.

Ketua Pegawai Strategi & Inovasi SDP, Dr Shariman Alwani, menyuarakan sentimen yang sama mengenai penglibatan syarikat itu dalam program tersebut.

“SDP mengalu-alukan peluang untuk mengenal pasti syarikat pemula dengan keupayaan teknologi dan solusi yang mengubah permainan bagi membantu syarikat kami mengatasi pelbagai cabaran dan titik sakitnya,” katanya.

“Bila sampai kepada inovasi, langit adalah batas dan lebih banyak perkara sentiasa ada untuk dicapai. Kami mungkin kaya dengan pengalaman dan pengetahuan asas dalam industri minyak sawit, tetapi idea inovatif baharu boleh datang daripada sesiapa pun. Inilah sebabnya kenapa Sime Darby Plantation teruja untuk menjadi sebahagian daripada FutureTech 2.0. Memberi suara kepada syarikat pemula tempatan kita yang inovatif dan membantu mencungkil potensi mereka dalam kolaborasi dengan rakan yang berfikiran sama seperti PETRONAS dan TM adalah benar-benar satu peluang yang amat berharga,” tambahnya.

FutureTech 2.0 ingin meneruskan kejayaan kumpulan pertamanya dua tahun lalu, iaitu pencepat pertama seumpamanya di Malaysia.

PETRONAS Ventures membiayai dua syarikat pemula daripada kumpulan pertama, iaitu robotik dan automasi bagi syarikat pemula teknologi pertanian, Braintree Technologies Sdn Bhd, dan syarikat pemula tenaga lestari, SOLS Energy Sdn Bhd.

Syarikat pemula yang disenarai-pendek dalam FutureTech 2.0 akan menjalani program maya yang intensif selama 12 minggu bermula September, merangkumi masterclass, bengkel dan bimbingan daripada mentor 500 Startups selain pakar dari PETRONAS, TM dan SDP.

Syarikat pemula ini berpeluang untuk mempercepatkan solusi perniagaan mereka menerusi bukti konsep atau proof of concept (POC) dan mendapatkan akses kepada maklumat dan sumber dari GLC terbabit.

Permohonan untuk FutureTech 2.0 kini terbuka sehingga 27 Julai 2021. Syarikat pemula yang berminat boleh mendapatkan maklumat tentang program ini dan memohon menerusi ecosystems.500.co/petronas-future-tech.  

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.