RWMF 2021: Duduk Di Rumah, Nikmati Konsert Secara Maya

Spread the love

KUCHING: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 tampil berbeza, dimana ia akan ditayangkan secara maya.

Ia dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 hingga 20 Jun ini.

RWMF akan menampilkan pelbagai artis tempatan, selain menayangkan semula persembahan pada festival yang lalu.

Di saat penularan COVID-19 ketika ini, adalah penting untuk mengembalikan acara yang ikonik ini walaupun hanya secara secara.

Para penonton khususnya peminat setia festival ini akan mendapat pengalaman tontonan luar biasa.

Antara bakat tempatan yang akan membuat persembahan termasuk Alena Murang, Kemada, Nading Rhapsody, At Adau, Dan Sang Rawi.

Alena Murang yang sudah membuat persembahan di pentas RWMF sejak tahun 1998, berasa teruja untuk mempersembahkan lagu terbaharunya.

“Saya sangat teruja dengan pengalaman kali ini. Saya harap peminat semua akan turut serta dan kekal berada di rumah. Rakan-rakan saya yang lain juga ada membuat persembahan seperti At Adau, Nading Rhapsody, Kemada, Dan Matthew Ngau.

“Jadi, kekal berada di rumah. Bayangkan seperti anda benar-benar berada di festival, sediakan snek dan minuman anda. Jadi, kekal berada di rumah,” ujarnya ketika dihubungi TVS.

Sementara itu, bagi ahli kumpulan Nading Rhapsody, Kulleh Grasi, mereka bersyukur apabila Sarawak Tourism Board (STB) memulakan inisiatif ini untuk menghidupkan semula RWMF.

Ini merupakan penampilan semula Nading Rhapsody di pentas RWMF setelah tujuh tahun tidak membuat persembahan di pentas itu.

Jadi, para peminat Nading Rhapsody bolehlah menikmati persembahan secara maya daripada mereka nanti.

“Saya tidak akan bercerita lebih lanjut, kerana ada kejutan menanti anda. Saya harap anda semua akan mengambil peluang ini untuk menghayati dan turut serta merasai pengalaman RWMF secara maya ini. Persembahan Nading Rhapsody pada tahun ini boleh saya katakan istimewa kerana apa yang disampaikan adalah sesuatu yang berkaitan dengan keadaan semasa.

“Jangan lupa untuk saksikan kami, Nading Rhapsody di pentas maya RWMF 2021, di saluran TVS, dan juga sila dapatkan pass masuk di laman sesawang RWMF. Stay tune dan stay safe everyone,” katanya.

RWMF 2021 dengan tema “Entranced, Liberated, Immersed” boleh ditonton secara percuma boleh dengan mendaftar di laman web rasmi RWMF.

Tahun lalu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak menangguhkan semua acara besar melibatkan kehadiran lebih daripada 250 orang termasuk RWMF 2020 susulan penularan COVID-19.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.