Konsert Finale TVSTARZ Malam Ini, Hadiah RM30,000 Menanti Juara!

Spread the love
Konsert akhir TVSTARZ akan bersiaran pada 15 Jun, 8.30 malam. Baca lanjut untuk mengetahui kelainan pada konsert finale dan apakah hadiah yang bakal menunggu pemenang TVSTARZ musim pertama.

TVSTARZ akan bersiaran episod terakhirnya iaitu konsert finale pada malam Selasa, 15 Jun.

5 orang peserta akan membuat persembahan terakhir mereka untuk merebut “takhta” sebagai juara TVSTARZ yang pertama dalam sejarah TVS.

Mereka ialah Fanzi Ruji dari Sabah, Jazper Nimoi dari Kuching, Razali “Jalee” Sa’at dari Kuching, Angel Villamor Oquendo dari Filipina dan Andrey Arief dari Indonesia.

Mereka akan bersaing buat kali terakhir untuk membuat persembahan solo.

Ernie Zakri, Yudhi Seriestha dan Amir Jahari kekal sebagai juri untuk memberi komen dan kritikan dan membuat keputusan siapakah yang akan memenangi TVSTARZ buat pertama kalinya.

Senarai lagu peserta di konsert finale

Berikut ialah senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh Dream Team di konsert finale:

Jalee – Ku Akui oleh Hafiz Suip

Andrey – All Of Me oleh John Legend

Jazper – I Have Nothing oleh Whitney Houston

Angel – Gemilang oleh Jaclyn Victor

Fanzi – Bukan Dia Tapi Aku oleh Judika

Juara akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000!

Peserta yang memenangi konsert finale TVSTARZ akan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi.

Pemenang tempat kedua akan memenangi RM15,000 beserta plak.

Manakala tempat ketiga akan memenangi RM10,000 beserta plak.

Set virtual bertemakan video muzik penyanyi asal

Yang menarik dalam konsert finale malam ini ialah set pentas setiap peserta diilhamkan dari muzik video lagu yang dinyanyikan oleh mereka.

Set virtual Jazper di konsert finale diilhamkan oleh video muzik Whitney Houston “I Have Nothing”

 

Persembahan diiringi oleh muzik ‘live band’

Pada konsert-konsert TVSTARZ sebelum ini, peserta diiringi oleh muzik ‘minus one’ yang digubah oleh pihak produksi TVSTARZ.

Kelainan yang ada pada konsert finale ialah peserta juga akan diiringi oleh muzik ‘minus one’ namun kali ini muzik tersebut ialah persembahan daripada ‘live band’.

Siapakah yang bakal menjuarai TVSTARZ musim pertama? Saksikan konsert finale TVSTARZ malam ini, 15 Jun, 8.30 malam hanya di TVS Saluran 122 dan MYTV. Anda juga boleh menonton konsert secara langsung dari Facebook page TVSTARZ.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.