Pemberian Vaksin COVID-19 Di Dua PPV Di Parlimen Batang Sadong Bermula Isnin ini

By Zaid Alek
Spread the love
0

BATANG SADONG, 14 Jun: Pemberian suntikan dos pertama vaksin COVID-19 bagi petugas barisan hadapan, warga emas dan yang berisiko tinggi di Parlimen Batang Sadong akan bermula pada Isnin, (14 Jun) sehingga 19 Jun depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri dalam satu kenyataan media pada Ahad memberitahu, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di daerah Simunjan iaitu di Dewan Mesra Simunjan dan RTC Munggu Lalang, Gedong.

Manakala katanya, bagi penerima suntikan vaksin dari Sadong Jaya, PPV mereka adalah di Kompleks Sukan Asajaya.

“Sejumlah 3000 dos vaksin disediakan bagi daerah Simunjan dengan sasaran 600 penerima sehari di Dewan Mesra Simunjan, manakala seramai 250 penerima pula di RTC Munggu Lalang, Gedong.

“Jadi, saya mengesa masyarakat Parlimen Batang Sadong yang telah ditentukan tarikh dan masa temujanji mereka untuk hadir mengambil suntikan di PPV yang telah ditentukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa warga Batang Sadong supaya tidak mudah percaya dengan dakwaan tidak benar mengenai vaksin yang digembar gembur oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah kerana vaksin yang dibeli telah diuji secara klinikal dan adalah selamat. Saya juga memohon semua penerima suntikan vaksin untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Gunalah pelitup muka sebaik keluar rumah, elak berada di tempat yang sesak dan sempit serta elak juga daripada berbual dan bersembang dalam jarak yang dekat.

“Pastikan juga anda bersarapan dan membawa rekod kesihatan atau senarai ubat yang diambil pada masakini untuk perhatian petugas kesihatan kelak,” katanya lagi. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.