Euro 2020: Belanda 3-2 Ukraine, Tandukan lewat Denzel Dumfries menyelamatkan kemenangan buat tuan rumah.

By Zaid Alek
Spread the love
0

Amsterdam, 14 Jun: Tandukan lewat Denzel Dumfries menyelamatkan tiga mata pertama untuk Belanda dalam pembukaan Euro 2020 dengan kemenangan 3-2 yang mendebarkan ke atas Ukraine di Johan Cruijff Arena, Amsterdam.

Belanda berjaya memperoleh dua gol pada babak kedua menerusi sepakan dari Georginio Wijnaldum dan Wout Weghorst dalam masa enam minit antara satu sama lain selepas separuh masa pertama, dalam permainan yang penuh rancak di stadium keramat mereka.

Pasukan Ukraine yang bimbingan jurulatih oleh bekas pemain kebangsaaan, Andriy Shevchenko, menunjukkan persembahan yang mengagumkan pada awal permainan sebelum ketinggalan dua gol.

Kembali masuk ke separuh masa kedua, penyerang Andriy Yarmolenko tidak mengambil masa lama untuk menyumbat goal pertama sebelum mengejutkan tuan rumah sekali lagi mencetak gol penyamaan ketika Roman Yaremchuk merobek gawang lawan menerusi sepakan percuma Ruslan Malinovskyi empat minit kemudian.

Memasuki minit-minit akhir perlawanan, tandukan pemain pertahanan, Denzel Dumfries, menghancurkan harapan pasukan Ukraine.

Belanda seterusnya akan menentang Austria pada hari Khamis, sementara Ukraine akan menentang Macedonia Utara di Bucharest. Austria menewaskan Macedonia Utara 3-1 dalam perlawanan Kumpulan C sebelumnya.

Gambar: Keputusan Kumpulan C selepas perlawanan pertama
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.