Beberapa Lokaliti Di Sabah, Sarawak Dikenakan PKPD

By bernama
Spread the love
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini hingga 28 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri) di Tawau; Taman Puri Warisan di Kota Kinabalu; Kampung Lebak Moyoh di Kota Belud serta dua lokaliti di Tuaran iaitu Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan.

Turut dilaksanakan PKPD, Kampung Tabuan Hj Drahman di Kuching, Sarawak.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan PKPD dan menyekat pergerakan serta penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, dua lokaliti di Sabah dilanjutkan pelaksanaan PKPD iaitu di Taman Pelangi, Semporna dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di Jalan Klias 2 & 3 di Beaufort dan Kg Kuala Menggatal di Kota Kinabalu, Sabah esok (pukul 11.59 malam) lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

“KKM mengesahkan baki kes aktif di dua lokaliti ini menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal serta kesemua kes positif telah menerima rawatan,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD di Kampung Assam di Lahad Datu, Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan di Kota Belud ditamatkan esok seperti dijadualkan.

“PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Jitra, Kedah turut ditamatkan pada 14 Jun esok (pukul 11.59 malam) seperti yang dijadualkan,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP semalam, Ismail Sabri berkata seramai 780 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dengan 748 daripadanya dikompaun manakala 32 lagi direman.

-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.