NMSC Pindah Lokasi PRC, Persediaan Buka PPV Esok

Spread the love

KUCHING: Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC) memindah lokasi Pusat Saringan Sementara (PRC) COVID-19 secara pandu lalu ke Pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak sebagai persediaan untuk membuka NMSC sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula Isnin (14 Jun 2021).

Pengarah Jualan NMSC, Bidari Mohamad Suhaili berkata, ia juga bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di NMSC yang disebabkan oleh pelaksanaan ujian saringan COVID-19.

“Bermula esok, NMSC tidak lagi menerima sebarang ujian saringan COVID-19 di sini (NMSC), dan semua ujian saringan akan dilakukan di Pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak,” jelasnya ketika ditemui TVS, pada Ahad.

Sementara itu, Pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dijadikan Pusat Saringan Sementara (PRC) COVID-19 secara pandu lalu bermula pada Sabtu (12 Jun 2021) berjalan dengan lancar.

Katanya, setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 300 orang telah menghadiri pusat tersebut bagi menjalani ujian saringan COVID-19 masing-masing.

“15 kakitangan NMSC telah ditugaskan untuk mengendalikan PRC sementara di Pekarangan Masjid Jamek,” ujar Bidari lagi.

Mengulas lanjut, Bidari memberitahu pusat saringan sementara itu akan beroperasi hingga 5 September 2021 pada waktu yang berbeza.

“Jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang pada Isnin hingga Khamis, jam 2 hingga 5 petang pada Jumaat, dan jam 8.30 pagi hingga 3 petang pada Sabtu dan Ahad,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.