IPD Kuching Ubah Strategi Pantau Pematuhan SOP

Spread the love

KUCHING: Berikutan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengambil pendekatan baharu dengan menambah dua lagi pasukan operasi pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pemantauan akan ditumpukan di premis perniagaan dan kediaman di daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah

“ Kuching ini kapasiti besar dan ramai dengan penduduk yang padat dan tumpuan untuk pusat ekonomi, jadi dalam PKP 3.0 IPD Kuching telah mengubah strategi dengan pendekatan baharu dengan menambahkan lagi dua pasukan pematuhan pemerkasaan SOP bagi memastikan masyarakat-masyarakat disekitar perumahan dan juga premis-premis perniagaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak”

Ashmon berkata demikian ketika dihubungi TVS pada Ahad.

Pertambahan itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan operasi pematuhan pkp 3.0 bagi daerah kuching sebanyak 13 pasukan.

Katanya lagi langkah itu dilihat mampu untuk membantu usaha kerajaan memutuskan penularan wabak COVID-19.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.