1.3 Juta Individu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19 Setakat Semalam

Spread the love

KUALA LUMPUR: Seramai 1,331,262 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya seramai 3,030,096 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,361,358 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 174,302 dos diikuti Sarawak (141,972), Perak (126,876) Johor (126,673) dan Kuala Lumpur (122,797).

Sementara itu, menurut laporan harian jumlah pemberian dos vaksin harian oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dikongsi Dr Adham, 133,804 dos telah diberikan semalam melibatkan 100,360 dos pertama dan 33,444 dos kedua. 

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.