Sarawak Lanjut PKP Hingga 28 Jun

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 Jun seperti yang telah diputuskan di Semenanjung Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan tersebut terpakai di seluruh Malaysia.

Justeru, Sarawak turut memutuskan perkara sama.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu hingga semalam ialah 6,871.

Ia diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah menerima cadangan dan pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.