PTPTN: Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang hilang atau terjejas pendapatan

By bernama
Spread the love
0

KUALA LUMPUR: Lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan akan diberikan kepada peminjam yang hilang atau terjejas punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan dan penangguhan akan bermula pada bulan permohonan diluluskan serta dua bulan ke hadapan di antara Jun hingga Oktober.

“Kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja. Peminjam diingatkan mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berhubung kelulusan dapat disampaikan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik dengan harapan ia dapat membantu peminjam yang terkesan menguruskan kewangan dengan lebih baik dan bagi meringankan beban mereka ekoran pandemik COVID-19.

Sebelum ini inisiatif sama dilaksanakan kerajaan pada 19 Mac 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada semua peminjam dan diteruskan kepada peminjam yang terkesan selama tiga bulan dari Januari hingga Mei 2021.

Ahmad Dasuki berkata permohonan penangguhan balik bayaran PTPTN boleh dilakukan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 mulai hari ini hingga 31 Ogos manakala bagi peminjam yang tidak terkesan, mereka boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 atau melayari Portal Rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my di ruangan Soalan Lazim. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.