Lawas Bazaar, Limbang Diisytiharkan Kawasan Baharu Rabies

By bernama
Spread the love
0

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Lawas Bazaar, Lawas di Limbang sebagai kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

“Memandangkan kawasan ini berada di luar 10 km radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka kawasan ini merupakan kawasan baru wabak rabies yang ke-71,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Uggah berkata setakat ini sebanyak 71 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies iaitu Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (2).

Sementara itu, Uggah berkata pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin rabies boleh didapati di Pejabat Veterinar Bahagian atau klinik haiwan swasta.

“Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan dibawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.