COVID-19: 699 Kes Baharu, Lapan Kematian di Sarawak

By Connie Grace
Spread the love
0

KUCHING: Sarawak merekodkan lapan kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 342 orang.

Jelas kenyaataan itu, kesemua lapan kes kematian yang dilaporkan membabitkan empat lelaki dan empat perempuan berumur antara 53 hingga 80 tahun.

Tiga daripada kematian katanya dilaporkan di Miri, dua di Sibu dan masing-masing satu di Kanowit, Subis dan Tatau.

Walaubagaimanapun, Sarawak merekodkan 699 kes baharu COVID-19 dengan Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 205 kes.

“Kes-kes dikesan di Sibu (79), Bintulu (72), Tatau (71), Song (41), Kapit (31), Bukit Mabong (31), Miri (27), Sri Aman (16), Samarahan (16), Asajaya (16), Lundu (11), Serian (11), Kanowit (9), Subis (8), Sarikei (7) dan Simunjan (7).

“Manakala, kes dikesan di Telang Usan (6), Marudi (5), Bau (4), Meradong (4), Belaga (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Beluru (3), Selangau (3), Mukah (3), Dalat (2), Julau (1) dan Lubok Antu (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 54,330,” Tambah JPBNS

Dalam pada itu terdapat 469 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 44,374 orang.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,498 orang.

Manakala, 699 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.