Jasad Pemain Sape Ditemui Terbaring Kaku Atas Lantai

Spread the love

Kuching, 10 Jun – Jasad seorang lelaki yang dipercayai pemain sape terkenal ditemui terbaring kaku di atas lantai ruang bacaan sebuah pejabat di bangunan City Square, Kuching.

Menurut sumber, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ruangan tersebut, mangsa yang dikenal pasti sebagai Saufi Aiman Yahya, 31, dikatakan mengalami sawan sebelum rebah ke atas lantai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sejurus menerima panggilan dari Balai Polis Bintawa sekitar jam 9.13 malam, seramai 10 anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakkan ke lokasi kejadian.

Jasad mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Seluruh warga TVS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.