Bahan Letupan Buatan Sendiri Makan Diri

By Zalinah Noordin
Spread the love
0

SIBU, JUN 10: Niat memburu menggunakan bahan letupan sendiri memakan diri apabila seorang penganggur maut manakala rakan yang membonceng motosikal yang dibawanya cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, kedua-kedua mereka sedang dalam perjalanan pergi memburu di hutan dengan menggunakan bahan letupan semalam apabila letupan berlaku.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi yang mengesahkan kejadian tersebut berkata polis menerima panggilan orang awam sekitar jam 6.24 petang semalam.

“Panggilan tersebut memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat di jalan itu yang menuju ke rumah panjang Mandau, Jalan Pidi di Bakong,” katanya.

Penunggang motosikal yang dikenali sebagai Lawrence Lujang, 23, mati di tempat kejadian berampiran rumah panjang  Jalan Sungai Pidi, Meradong manakala rakannya Ching Limba, 53 cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Sarikei.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, siasatan awal mendapati bahan letupan yang dibawa kedua-dua lelaki berkenaan merupakan buatan sendiri dan dipercayai digunakan untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

‘Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan berkenaan.

“Polismemandang serius perbuatan ini yang bukan sahaja membahayakan did sendiri tetapi juga orang ramai,” tambahnya

Menurut beliau, kes disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan Letupan

1957.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.