Adat, Budaya Kaum Dayak Terus Dimartabatkan

Spread the love

BETONG: Keputusan rasmi Pertandingan Ngepan Dayak, SK St Augustine Betong telah menampilkan Chloewena Timau sebagai juara dalam kategori Ngepan Perempuan manakala juara bagi kategori lelaki pula disandang oleh Alister.

Kategori perempuan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Marchella Basye dan Darnisha Lunca diikuti Jullian Jullivan yang juga merupakan pemenang peserta pilihan ramai  serta Emmanuel Levy  di tempat ketiga bagi kategori lelaki.

Ethan Ryan pula dinobatkan juara dalam kategori Video Kreatif yang kemudiannya diikuti Audreeyana di tempat kedua dan Graciella Sayu ketiga.

Objektif utama pertandingan adalah untuk memperkenalkan adat dan budaya kaum dayak kepada masyarakat luar sekaligus melahirkan rasa yakin dalam kalangan murid.

Henry Jugah yang merupakan Naib Yang Dipertua PIBG meluahkan rasa bangga dan gembira atas usaha yang dilakukan.

“Saya selaku Naib Yang Dipertua PIBG merasa bangga diatas usaha murni para pendidik di sekolah ini kerana dapat menganjurkan aktiviti sebegini rupa pada masa yang terhad melalui media masa,” katanya.

Beliau turut meluahkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang mendorong anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.