9A SPM: Kejutan Anak Menjadi Sempena Hari Lahir Ibu

By Zalinah Noordin
Spread the love
+5

KUCHING, JUN 10: “Memang betul, inilah hadiah hari lahir terbaik sepanjang 45 tahun hidup saya!”

Itulah ungkapan Misichinda Anak Balayong, seorang ibu tunggal yang menerima dua kejutan sekaligus pada hari lahirnya iaitu keputusan SPM cemerlang anaknya yang diselit dengan jambangan bunga.

Baginya jururawat itu, anaknya, Elzirrea Elmiricquea,18, sememangnya telah memberikan kejutan hari lahir terbaik untuknya apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 9A.

“Tidak sia-sia saya berpenat-lelah bekerja membesarkan Elzirrea, apatah lagi bila terpaksa bekerja keras membesarkan anak-anak sendirian, “ katanya yang tidak dapat menahan airmata kegembiraan.

Elzirrea tidak memberitahu keputusannya yang cemerlang itu kepada ibunya dan menunggu sehingga beliau pulang dari kerja untuk memberi kejutan buat Misichinda.

Terdahulu, TVS melaporkan rancangan Elzirrea untuk memberikan “surprise” sempena hari lahir ibunya yang jatuh pada hari yang sama dia mengambil keputusan SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.