KONTRAK NIAGA HADAPAN KLCI RENDAH SEMASA AWAL DAGANGAN

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah semasa awal dagangan pada Rabu, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi positif.

Pada 9.30 pagi, Jun 2021 dan Julai 2021 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,583.5 dan 1,582.5, sementara September 2021 susut 13 mata kepada 1,566.0 dan Disember 2021 kurang 11 mata kepada 1,562.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,495 lot manakala kepentingan terbuka pada 38,415 kontrak.

FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran turun 2.56 mata kepada 1,585.40 selepas 50 minit dagangan.

— BERNAMA

Tags: #bm, ekuiti

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.