30 Daerah Berstatus Merah, Empat Lokaliti Dikenakan PKPD

Spread the love

KUCHING, 4 Jun: Sarawak merekodkan 594 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, sejumlah 362 atau 60.94 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di daerah Kuching, Miri, Sarikei dan Bintulu.

Menurutnya, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (136), Miri (99), Sarikei (66), Bintulu (61), Sri Aman (48), Sibu (38), Dalat (32), Subis (20), Tatau (14), Kapit (13), Samarahan (13), Saratok (10), Serian (8), Kabong (7), Selangau (6), Bau (5), Pakan (4), Mukah (3), Julau (2), Limbang (2), Pusa (1), Kanowit (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1), Betong (1), Lawas (1) dan Marudi (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 49,214,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Tambah JPBN, daripada 594 kes baharu yang dilaporkan itu, seramai 49 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 472 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” ujarnya.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan susulan penambahan enam kes kematian yang dilaporkan hari ini ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 telah meningkat kepada seramai 311 orang.

“Individu yang meninggal dunia tersebut melibatkan mereka yang berusia 66 tahun (kematian ke-306, kes ke-47,531); 60 tahun (kematian ke-307, kes ke-40,079); 44 tahun (kematian ke-308, kes ke-45,578); 62 tahun (kematian ke-309, kes ke-47,220); 65 tahun (kematian ke-310, kes ke-48,468) dan 68 tahun (kematian ke-311, kes ke-45,997).

Dalam hal berkaitan, JPBN menyatakan terdapat 610 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 40,365 orang atau 82.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,427 orang.

“Manakala, 594 individu di bawah siasatan (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” jelasnya.

Sumber: Suara Sarawak


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.