Penghargaan Bagi Frontliners Melalui Teater Hero Kita 2.0

Spread the love

KUCHING, JUN 3: Perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan negara sepanjang pandemik Covid-19 melanda bakal dipentaskan melalui monolog secara atas talian mulai esok (Jun 4) sehingga Jun 6.

Monolog yang berjudul Hero Kita! 2.0 hasil produksi Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif melalui produksi Unimastage itu bakal memaparkan watak petugas barisan hadapan yang akan dibintangi oleh beberapa artis tempatan seperti Anding Indrawani, Didi Astilah, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

Mereka bakal menghidupkan watak-watak petugas barisan hadapan seperti jururawat, pegawai polis, penghantar makanan, pemandu ambulans, guru, pegawai kementerian kesihatan, pemimpin, pembantu pegawai perubatan, juruterbang dan pengawal keselamatan

Usaha ini turut diadakan bagi menyampaikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di atas segala sumbangan dan pengorbanan mereka untuk negara kita. Unimastage berharap pementasan ini bakal mendapat sambutan serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai risiko dan cabaran yang dihadapi petugas barisan hadapan.

Pementasan ini turut melibatkan Tiket dan maklumat lanjut mengenai pementasan ini boleh diakses di laman web Unimastage (https://unimastage6.wixsite.com/my-site-2). Hasil kutipan tiket ini akan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan melalui Jawatankuasa Covid-19 UNIMAS. Semoga sumbangan anda untuk menonton pementasan ini dapat membantu petugas barisan hadapan negara yang memerlukan sokongan dan semangat dari kita rakyat Malaysia.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.