Harimau Malaya Tampil Berbeza Dan Lebih Bersedia – B. Sathianathan

Spread the love

KUCHING: Skuad kebangsaan diyakini cukup bersedia mengekalkan momentum positif dengan suntikan beberapa pemain baharu bagi menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe mampu mengemudi barisan pemainnya melakar keputusan positif biarpun mempunyai masa yang terhad bagi membentuk keampuhan Harimau Malaya.

“ Okey kalau kita nak bandingkan dengan tahun-tahun yang sudah tahun ini saya nampak pasukan kita kuat apabila dibarisi pemain-pemain yang terbaiklah dengan pemain naturalisasi dan lokal kita yang bagus dan pemain baru telah sertai pasukan jadi saya lihat Harimau Malaya tampil kuat tetapi kita harus ingat UAE bukan calan-calang” kata Sathianathan ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Bagaimanapun tambah jurulatih berpengalaman itu, pasukan UAE bukan sebuah pasukan yang mudah kerana mereka mempunyai penyerang berprolifik seperti Ali Mabkhout.

“ Pemain no 7, Ali Mabkhout dia adalah seorang yang istimewa macam dulu kita ada Mokhtar Dahari untuk Malaysia, dan sekarang UAE ada Ali Mabkhout kerana dialah penjaring terbanyak dan malam ini kita akan menerima tentangan yang hebatlah”

Dalam pada itu menyedari aksi ini merupakan kunjungan pertama skuad kebangsaan ke UAE sejak diaibkan dengan kekalahan 0-10 kepada UAE pada September 2015, Cheng Hoe menyifatkan peristiwa itu tidak memberi kesan kepada pasukan negara ketika ini.

Malah pengendali berusia 53 tahun itu tetap optimis jika serangan uae dapat dipatahkan barisan pertahanan dengan merantai kuat pergerakan penyerang prolifik UAE Ali Mabkhout.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.