Permohonan Sektor ICT Dan e-Dagang Beroperasi Semasa PKP Boleh Dibuat Melalui CIMS 3.0

Spread the love

KUALA LUMPUR: Permohonan daripada syarikat sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-Dagang untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun ini boleh dibuat melalui portal Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) 3.0.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata syarikat yang sudah sedia berdaftar melalui CIMS 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan boleh memuat turun surat kebenaran beroperasi mulai jam 8 malam, 31 Mei 2021.

“Bagi syarikat yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula 8 pagi, 1 Jun 2021,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai proses permohonan di CIMS 3.0, boleh layari www.miti.com.my, hubungi 1-800-88-8338 / +603-83153000 atau e-mel kepada [email protected]

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.