Polis Siasat Individu Hina Sultan Johor

Spread the love

KUALA LUMPUR, MEI 31 – Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Dr Ismail di sini pada 5.44 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan  membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Istagram tersebut”, menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Instagram milik ibu selebriti itu telah memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Ibu selebriti itu bagaimanpun mendakwa seorang pekerjanya telah menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat laporan petang semalam. – BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.