COVID19: Pengarah Kesihatan Kongsi Gambar Pengorbanan Frontliners

Spread the love

MELALUI ciapan Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisyam Abdullah berkongsi gambar frontliner yang kepenatan bertungkus lumus melawan pandemik Covid 19.

Gambar: Letih dan pasrah

Menerusi ciapan tersebut, setiap gambar tersebut memaparkan penat lelah yang dihadapi frontliner sehinggakan mereka kepenatan akibat kes covid yang meningkat naik.

Ada di antara mereka memakai Personal Protective Equipment (PPE) sehinggakan baju korporat mereka kebasahan.

Setakat hari ini sebanyak 8290 kes covid 19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah 549,514 kes. Sarawak mencatatkan 698 kes dengan 45,436 kes keseluruhan.

Patuhi SOP. Kalau tiada urusan penting, duduklah di rumah. Kalau ada urusan penting, elakkan 3C (Crowded Space, Conffined Space, Close Concentration) dan amalkanlah 3W (Wash, Wear, Warn).

Sumber: Twitter DG Noor Hisyam, Facebook DG Noor Hisyam

Tags: #bm, covid

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.