Langgar SOP PKPB, Pemilik Pusat Gim Dikompaun RM10,000

Spread the love

KUCHING: Seorang pemilik pusat gim di Jalan Wan Alwi di sini dikompaun sebanyak RM10,000 pada Rabu.

Kompaun tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak polis yang sedang membuat rondaan dan pemantauan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah memeriksa premis tersebut dan mendapati terdapat 12 individu sedang bersenam di pusat tersebut.

Ekoran itu, kesemua mereka termasuk pemilik pusat gim telah dibawa ke Balai Polis Tabuan Jaya untuk diambil keterangan dan seterusnya dikompaun.

12 individu yang lain turut dikompaun RM2,000 seorang.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.