6,509 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Tertinggi

Spread the love

KES positif baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan hari ini dengan 6,509 kes berbanding rekod tertinggi 6,976 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes.

“Sarawak dengan 530 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 468 kes, Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348) serta Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing 329 kes.

“Terengganu pula melaporkan 263 kes disusuli Pahang (257), Perak (231), Sabah (184), Labuan (171), Putrajaya (40) dan Perlis (tujuh),” katanya menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya.

Sementara itu, bagi Sarawak, 74.91 peratus daripada kes dikesan di daerah Sibu, Miri, Bintulu, Kuching dan Julau.

Jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 42,813 kes.

“Sibu (142) Miri (72), Bintulu (70), Kuching (68), Julau (45) dan Sri Aman (14), Tanjung Manis (13), Kanowit (13), Selangau (12), Kapit (9), Betong (9), Pusa (7), Bukit Mabong (6), Sarikei (6), Mukah (6), Song (4), Meradong (4), Subis (4) Kabong (4), Daro (4), Belaga (3), Tatau (3), Pakan (2), Serian (2), Sebauh (2), Asajaya (1), Samarahan (1), Limbang (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Lubok Antu (1),” menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Daripada 530 kes baharu yang dilaporkan, seramai 90 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 411 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Tiga kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 turut dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kematian di Sarawak kini meningkat kepada seramai 255 orang.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.