Jumlah Kes COVID-19 Negara Kini Lebihi Setengah Juta

Spread the love

JUMLAH keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka setengah juta apabila 6,320 kes baharu direkodkan pada Sabtu.

Ia turut menjadikan kumulatif kes kepada 505,115.

Pertambahan kes itu menjadikan kes aktif terkini ialah 53,682 manakala kes sembuh sebanyak 4,694.

“Sebanyak 50 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 22 kes di Selangor, Kuala Lumpur (sembilan), Johor (lima), Kedah (empat), Perak (tiga), masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah 652 kes dan daripada jumlah itu, 370 memerlukan bantuan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

17 kluster baharu turut dilaporkan dan ia menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 535.

Sementara itu, di Sarawak, 749 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 149 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada 749 kes baharu itu sejumlah 59.55 adalah dikesan di daerah Kuching, Sibu, Miri dan Mukah.

“Daerah Kuching mencatatkan kes yang tinggi iaitu 149 kes di mana kes-kes dikesan mempunyai kontak dengan kes-kes positif sebelum ini (melebihi 95 peratus) yang kebanyakannya merupakan ahli keluarga melibatkan pergerakan semasa Hari Raya lalu.

“Manakala daerah lain yang turut mencatatkan kes hari ini ialah Sibu (125), Miri (93), Mukah (79), Kanowit (49), Bintulu (48), Belaga (37), Sri Aman (24), Samarahan (21), Kapit (20), Selangau (16), Serian (11), Betong (11), Sebauh (10), Pakan (10), Subis (10), Tatau (7), Beluru (5), Asajaya (5), Bau (3), Pusa (3), Bukit Mabong (2), Saratok (2), Julau (2), Daro (2), Sarikei (1), Dalat (1), Lundu (1), Song (1) dan Meradong (1),” katanya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 41,620 kes.

Ekoran daripada dua kes kematian baharu yang dilaporkan, jumlah kematian akibat COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada seramai 249 orang.

Kes kematian ke-248 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang dirujuk ke Hospital Miri dari klinik kesihatan kerana kes mengalami sesak nafas.

Kematian ke-249 pula melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comment

  1. Lockdown jak kita tuk eh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.