Serang Penyebar Maklumat, Pengedar Dadah Terima Padah

By Ezzah Syafiqah
Spread the love
gambar hiasan

SIBU, MEI 21: : Mahkamah Majistret Dalat hari ini menjatuhkan penjara empat bulan serta hukuman denda RM2,000 selepas didapati bersalah menyerang pemberi maklumat mengenai aktivitinya menyalahgunakan dadah.

Tertuduh Mohamad Firdaus Jolkiply, 25, telah mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan membayar denda tersebut. Dia tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, dia menyerang seorang lelaki berusia 22 tahun dengan batang besi pada 8 Mei 2021 sekitar jam 12.30 pagi di Jeti Kampung Senau di Oya, Dalat.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di siku kirinya dan bahu kirinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun, atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohamad Firdaus telah ditahan pada pukul 6.15 petang pada hari yang sama di Kampung Senau.

Difahamkan, dia telah memukul mangsa kerana tidak berpuas hati mangsa telah memberitahu polis mengenai penglibatannya dalam penyalahgunaan dadah.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.