Henry Golding bakal muncul dalam filem baharu, “Snake Eyes:G.I. Joe Origins”

Spread the love

Kuching, 21 Mei- Pelakon, model dan pengacara kelahiran Betong, Sarawak Henry Golding akan muncul dalam filem baharunya dengan membawa watak ikonik “Snake Eyes”

Filem ini dijadual akan ditayangkan kepada penonton pada 23 Julai 2021.

Henry Golding sebelum ini mula mendapat perhatian dalam dunia perfileman Hollywood selepas berlakon dalam filem “Crazy Rich Asian” yang telah ditayangkan pada tahun 2018 dan telah mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia.

Henry Golding juga pernah muncul dalam filem ‘The Gentleman’ arahan Guy Ritchie bersama barisan pelakon hebat Hollywood Mathew McConaughey, Hugh Grant dan Collin Farell pada tahun 2019.

Henry Golding yang berdarah kacukan Iban-Inggeris ini telah membesar di England dan kemudian menetap di Malaysia dan Singapura.

*Sumber: Betongkini & ASYIKfm

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.