Polis Marin Bongkar Penyeludupan Permit Rentas Zon

Spread the love

Kuching – Kegiatan satu sindiket yang menggunakan permit merentas zon bagi membawa barang keperluan untuk mengaburi kegiatan penyeludupan mereka terbongkar, selepas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sarawak menahan sebuah lori yang membawa 575 kotak rokok seludup pelbagai jenama semalam.

Komander PPMW5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata, rokok-rokok tidak bercukai dengan jenama ‘Rave’ dan ‘Parkway’ yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM4,312,500 itu ditemukan dalam muatan lori seberat 10 tan semasa ia diperiksa selepas ditahan berdekatan Simpang Gedong, Jalan Serian – Sri Aman, 69 kilometer (km) dari sini kira-kira jam 5.50 pagi semalam.

“Pemandu lori berkenaan berusia 52 tahun telah menunjukkan permit polis untuk merentas zon bagi membawa barang keperluan, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan rokok berkenaan kepada pasukan serbuan, menyebabkan dia ditahan dan barangan termasuk loro itu dirampas untuk siasatan lanjut”, katanya dalam satu sidang media di Markas Paukan Polis Marin (PPM) di sini.

Berdasarkan permit polis yang dibawa oleh pemandu itu, lori tersebut dipandu dari Bintulu, kira-kira 650 km  dan dalam perjalanan ke bandar raya Kuching apabila ditahan di simpang Gedong oleh anggota PPMW5.

“Kesemua hasil rampasan telah dibawa ke Markas PPM disini dan kes berkenanaan kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanyaa

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.