Sony Dijangka Gagal Penuhi Pasaran Global Untuk PS5 Sehingga 2022

Spread the love

SONY Interactive Entertainment (SIE) dibawah naungan Sony dijangka bergelut untuk memenuhi permintaan konsol sehingga tahun 2022, memetik laporan daripada Bloomberg.

Ketua Pegawai Kewangan Sony, Hiroki Totoki berkata demikian setelah memberi amaran kepada pelabur mereka mengenai kekurangan produk Playstation 5 (PS5) yang akan berterusan pada masa akan datang.

Totoki berkata, dengan permintaan PS5 yang sentiasa melonjak saban hari dan pada masa yang sama memiliki keperluan peranti yang sedia ada untuk menghasilkan produk tersebut, namun bekalan asas dari pihak Sony tidak mampu menampung permintaan yang tinggi.

Sehingga Mac 2021, Sony dilaporkan telah menjual sebanyak 7.8 juta Playstation 5 (PS5), melebihi penjualan PS4 pada 5 bulan pertama.

Sony juga berkata mereka perlu terus meningkatkan produksi penjualan PS5 untuk melepasi angka jualan PS4 tersebut.

Salah satu sebab utama Sony bergelut untuk memenuhi permintaan yang banyak adalah kekurangan bahagian utama seperti semikonduktor.

Perkara ini juga memberi tempias kepada produksi konsol Nintendo Switch.

Impak global ini memberi kesan kepada Sony Malaysia yang juga pengedar yang sah untuk konsol Playstation 5.

Pada setiap bulan, Sony Malaysia akan melakukan pra-pesanan awal melalui laman sesawang rasmi, Sony Lazada, kepada peminat-peminat konsol PS5.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.