Sarawak Benarkan Penggunaan AstraZeneca, Pengambilan Secara Sukarela

Spread the love

KUCHING: Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak membenarkan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 dengan pengambilan secara sukarela.

Langkah tersebut adalah untuk melengkapkan pelan vaksinasi COVID-19 di Sarawak.

“Pemberian vaksin ini adalah berdasarkan temu janji yang dibuat secara sukarela dengan kaedah ‘first-come, first-served’.

“Pusat vaksinasi yang berasingan dan khusus akan didirikan untuk tujuan ini dan akan diumumkan nanti,” menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan.

Susulan sambutan menggalakkan vaksin itu di Selangor dan Kuala Lumpur secara sukarela, tinjauan secara dalam talian pada 4 Mei 2021 menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak tentang vaksin itu.

Hasil kajian menunjukkan 69.4 peratus daripada 1,037 maklum balas menyokong pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang Sarawak.

Manakala 52.9 peratus daripada 1,040 responden bersedia dan mahu diberi vaksin AstraZeneca

Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCoVAG) juga telah meneliti dan mengkaji perkembangan vaksin COVID-19 global, kebangsaan dan tempatan (Sarawak) pada masa ini dan vaksin AstraZeneca COVID-19 (kini disebut Vaxzevria) khasnya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.