PKPD Dua Kawasan di Sarawak bermula Khamis ini

Spread the love

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Rumah Wun Ak Ering dan SK Bakerkong, Tanjong Manus, Mukah Sarawak mulai 20 Mei sehingga 2 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan peningkatan kes Covid -19 secara mendadak di kawasan itu apabila sebanyak lima kes positif telah direkodkan dalam tempoh empat hari hasil ujian saringan bergejala dan kontak rapat kes positif

“KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dengan kadar positiviti serta kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD ini bertujuan mengehadkan penduduk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk Bakerkong, Tanjung Manis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.