Lelaki Melakukan Kekerasan Ditangkap Di Hotel Bajet.

Spread the love

Kuching – Seorang lelaki dipercayai telah memukul seorang pencuri di hadapan hotel bajet di King Centre semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superitendan Merbin Lisa berkata suspek berusia 23 tahun telah ditangkap pasukan Bahagian Siasatan Jenayah semalam. Pihak polis berkata hasil semakan suspek mempunyai rekod jenayah lampau dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis juga telah membuat rampasan barang yang ditemui dikawasan tersebut iaitu getah paip yang dipercayai untuk memukul mangsa” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek akan ditahan dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga 21 Mei ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.