Lelaki serang pemuda lain dengan getah paip dan objek kayu direman empat hari

Spread the love

Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini susulan insiden serangan menggunakan getah paip dan objek kayu terhadap seorang pemuda yang didakwa mencuri di sebuah pasaraya di Bintawa, Kuching, baru-baru ini.

Suspek berusia 23 tahun ditahan di hadapan sebuah hotel bajet di King Centre, Kuching oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sekitar jam 11 malam pada Ahad.

Menurut sumber, dalam kejadian yang dilaporkan pada 9 Mei lepas, suspek dikatakan menyerang mangsa yang berusia 29 tahun dengan getah paip dan objek kayu sehingga mangsa mengalami kecederaan di hampir seluruh badannya.

Hasil semakan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu rekod kes dadah di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.