Tayangan Eksklusif: Sehari Sebelum Raya

Spread the love

Buat julung kalinya, sebuah telemovie terbitan TVS akan menemui anda di kaca TV pada hari raya kedua ini! Telemovie arahan Ikmar Sarbini ini mengisahkan kepulangan si Udin yang menghebohkan satu kampung! 

Apa agaknya rahsia yang disimpan si Udin ni?

Berlatarbelakangkan sekitar perkampungan Kampung Santubong, telemovie ini pasti akan membuat anda mengimbau nostalgia suasana beraya di kampung halaman.

Menampilkan pelakon baru yang meningkat naik seperti Haziq Fadhullah yang akan membawa watak Udin. Dia juga merupakan watak utama dalam telemovie yang ditayangkan di TVS tempoh hari iaitu Puasa Ocek-ocek!

Barisan pelakon yang turut memantapkan lagi telemovie ini adalah Fir Affandi, Kahar Jini, Nurafizah Busman, Osha Basri dan ramai lagi!

Eksklusif hanya di TVS, jangan lupa saksikan Sehari Sebelum Raya pada 2 Syawal, 14 Mei 2021, jam 9.00 malam dan luangkan #RayaTogether dengan kami!


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.