Lelaki tergelincir ke dalam sungai ditemui mati

Spread the love

KUCHING: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan lemas pada pagi Khamis setelah dia dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Langsat, Jalan Lama Kuching-Serian, berdekatan Loji Air Siburan, sudah dijumpai Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba.

Semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Bonnie Anak Kota, 31 tahun, dan berasal dari Kampung Kujang Mawang di Tebedu, dikatakan tergelincir semasa hendak mandi di sungai.

Mayat mangsa dijumpai PPDA Bomba sekitar jam 12.30 tengah hari selepas melakukan selaman dan pencarian di sekitar radius 15 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh.

“Mayat mangsa hanyut tujuh meter dari lokasi dia terjatuh dengan kedalaman air sekitar tujuh kaki,” kata Unjar Lum, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Samarahan Sarawak.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan bersama Polis Diraja Malaysia.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.