Lelaki warga Indonesia jadi buruan polis dipercayai membunuh rakan sendiri

By Fadhli
Spread the love
+1

Seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam satu kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang rakan senegara di sebuah ladang di Bakong pada Khamis lepas, kini menjadi buruan polis.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Jo Hang ketika dihubungi kru TVS berkata mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Kasya Bambang, 30, ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan stor ladang tersebut dengan kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bekenu terlebih dahulu sebelum dikejarkan ke Hospital Miri pada lebih kurang jam 8.30 malam hari yang sama. Pada ketika itu siasatan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Namun demikian tambahnya, pihak polis menerima makluman daripada Hospital Miri bahawa mangsa telah meninggal dunia pada sekitar jam 1.10 pagi Isnin, selepas empat hari bertarung nyawa.

Susulan itu, siasatan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jo meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai suspek untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Shah Effendi Abdul Lam di talian 019-2612189.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.