Indonesia Mendominasi TVSTARZ Minggu Ke-8, Peserta Sulung Indonesia, Andrey, Menjadi Juara Mingguan Kali Kedua Berturut-Turut

Spread the love

Konsert TVSTARZ minggu ke-8 disempurnakan dengan kemenangan unggul peserta dari Indonesia kelahiran Nusa Tenggara Timur, Andrey Arifianto. Ini bermakna, Andrey, telah mendominasi carta pertama sebanyak dua kali berturut-turut pada minggu ke-7 dan ke-8. Andrey pada asalnya menyertai TVSTARZ sebagai seorang challenger pada minggu ke-4. Sejak berjaya menjadi ahli Dream Team, beliau secara konsisten tetap memberi persembahan yang mantap dan vokal yang kukuh untuk menewaskan calon Dream Team yang lain.

Ringkasan minggu ke-8 menunjukkan peserta diberi pilihan bebas dengan memilih lagu kegemaran masing-masing. Ini bermakna para peserta mengambil peluang ini untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dari segi vokal, persembahan, props, dan semangat nyanyian yang tinggi.

Pilihan nyanyian, Andrey minggu ini adalah untuk menyanyikan lagu penyanyi No. 1 negara Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza, iaitu Purnama Rindu . Meminati idola lagenda Malaysia semenjak kecil lagi, Andrey mengambil peluang ini dengan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja dari segi vokal malah terhadap persembahan dan props latar belakang yang menunjukkan tema lagu Purnama Rindu.

“ Saya sudah menyiapkan kapas dan cetakan ‘print’ bulan untuk menunjukkan tema bulan purnama. Juga menggunakan ‘background’ berwarna hitam untuk melihat kegelapan malam hari,” ujar Andrey dalam video peribadinya. “

Ternyata segala usaha yang dilakukan Andrey berbaloi apabila mendendangkan lagu Dato Sri Siti di hadapan juri TVSTARZ iaitu Yudhi Seriestha, Ernie Zakri dan Amir Jahari.

“Lagu awak kelihatan fresh, walaupun ada repetition pada korus yang berulang kali tapi awak melakukan dengan kelainan jadi kita tak bosan dengar,” kata Ernie sambil memuji persembahan Andrey yang mantap

Menyelangi pujian terhadap Andrey, Challenger terbaru untuk minggu ini iaitu Alex atau nama sebenarnya Muhammad Aahil Alex Norpuzairull berasal dari Brunei Darussalam. Lahir pada tahun 1993, Alex meminati bidang nyanyian melalui ibunya yang juga seorang penyanyi tempatan. Mempunyai pendidikan tinggi dalam Sarjana Muda Bisnes Jurusan Ekonomi, minat Alex terhadap nyanyian tidak pernah pudar apabila beliau menyertai D’Academy Asia 5 di Indonesia dalam segmen Indosiar dan mempunyai pengalaman yang paling manis apabila mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan Bintang Radio di negara beliau.

Gambar: Challenger Minggu ke-8, Alex

Alex yang menyanyikan lagu Luka Yang Ku Rindu sebagai seorang challenger memberikan nyanyian yang mengagumkan apabila tersenarai di tempat ke-4 terbaik dan berkongsi mata dengan penyanyi kelahiran Filipina, Angel.

Ini menyebabkan Valerie yang menduduki tempat terakhir, tersingkir secara automatik. Komen pedas juri Yudhi seperti “tersalah pilih lagu” memberi riak wajah yang berbeza untuk Valerie apabila ternyata lagu tersebut menyingkirkan diri beliau.

Gambar: Valerie ketika memberi ucapan terakhir

Jangan lupa saksikan Konsert TVSTARZ setiap malam Selasa jam 9 malam dan juga TVSTARZ Daily dari Selasa hingga Sabtu jam 5.45 petang hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MyTV.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.