Tiga Kebakaran Berlaku Kurang Daripada 12 Jam

Spread the love

KURANG daripada 12 jam, tiga insiden kebakaran di lokasi berbeza dilaporkan di sekitar Sarawak.

Kebakaran pertama berlaku pada sekitar jam 10:43 malam Ahad yang melibatkan sebuah bangunan komersial untuk pemprosesan telur masin di Kampung Segali, Simunjan.

Insiden kedua pula berlaku kira-kira jam 11:43 malam juga pada Ahad di Tudan, Miri yang melibatkan sebuah rumah beralamat di Lorong Mulia 5B, Tudan, Miri.

Kebakaran ketiga berlaku di Jalan Bakong/Meradong yang melibatkan sebuah rumah sekitar jam 4:40 pagi pada Isnin.

Ketiga-tiga insiden ini mengakibatkan struktur bangunan dan rumah musnah 100 peratus namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.