francisca luhong james, miss universe malaysia

Teruskan mengundi Miss Universe Malaysia!

By Ezzah Syafiqah
Spread the love
0

Hari ke-4 di Florida, Amerika Syarikat.  Pengikut Instagram Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong kini semakin mencanak naik sebagai tanda memberi sokongan kepada beliau. Malah kelab peminat Miss Universe Malaysia itu juga turut membuka akaun instagram khas  untuk mengemas kini perkembangan terbaru Francisca. Rata- rata pengikut mendoakan kejayaan ratu cantik Malaysia ini dan kini mereka dalam usaha untuk menaikkan undian Francisca Luhong sebagai salah seorang ‘Top 21’.

Francisca Luhong sangat beruntung kerana turut mendapat undian dan sokongan dari kalangan pemimpin tertinggi negeri dan negara serta dari Kementerian. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri juga telah membantu dari pelbagai segi dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dalam mempersiapkan Francisca untuk ke Amerika Syarikat untuk bertanding dalam Miss Universe.

Kredit IG: raghadtaib

Malah, isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datu Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib turut sama menyumbangkan dana untuk mengundi Francisca. Tidak dilupakan juga Kerajaan Negeri Sarawak yang sudah tentu banyak memberi sokongan dan juga bantuan. Sokongan yang berterusan dari Sarawak amat membanggakan!   

Kredit IG: gebrielpadan

Ayuh! Jangan lupa untuk teruskan sokongan dan undian anda kepada Miss Universe Malaysia kita. Boleh muat turun aplikasi Miss Universe pada App Store atau di Google Play. Cara mengundi adalah daftar dan log masuk. Seterusnya, cari pilihan Miss Universe Malaysia untuk mengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.