Adaptasi Kehidupan Sekarang Dengan Mematuhi SOP

By Eekbal Yusof
Spread the love
0

KUCHING: Setiap lapisan masyarakat perlu mengadaptasi corak kehidupan sekarang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pematuhan SOP penting memandangkan pandemik COVID-19 masih mencatatkan peningkatan kes ketika ini.

“Kita perlu mengadaptasi suasana semasa sebab kita tidak tahu bila COVID-19 akan berakhir.

“Jadi kita perlu bersama-sama mengekang penularan pandemik ini dengan mematuhi setiap SOP ditetapkan,” katanya pada Program Yadim Peduli/Bantuan Ramadan & Aidilfitri di Masjid Darul Solihin Kampung Telaga Air hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, sekarang merupakan tempoh untuk menjaga keselamatan dan bukannya melanggar SOP demi kepentingan peribadi.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata, sebanyak 50 keluarga dari Kampung Telaga Air, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur menerima bantuan makanan asas dan wang tunai.

Menurutnya, ia merupakan sumbangan untuk membantu golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

“Inisiatif Yadim ini merupakan usaha murni dalam membantu masyarakat dengan disertai sukarelawan belia,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menasihati badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerap menjalankan program berbentuk kebajikan supaya lebih ramai masyarakat yang memerlukan dapat dibantu.

Hadir sama Pengarah YADIM Sarawak Awang Dolhadi Awang Mat dan Penghulu Telaga Air Mushidi Johari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.